TUMBUHAN HERBA (sumber perubatan tradisional)

1.   HILANGKAN PANAU

Jika anda berpanau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara, contohnya pada muka. Cuba petua ini:- Ambil sepotong halia, tumbuk lumat. Kemudian lumurkan pada tempat berpanau. Insya-Allah, anda akan perolehi hasilnya.

Selain daripada itu, ambil beberapa inci lengkuas. Tumbuk lengkuas itu sehingga lumat dan perahkan airnya. Kemudian sapu air itu pada kulit yang  terkena panau itu. Pastikan anda tidak memakan lengkuas sepanjang tempoh anda mengamalkan petua ini.

2.    HILANGKAN BAU NASI HANGIT

Kadangkala akibat menonton rancangan televisyen yang menarik,kita terlupa nasi berada di atas dapur yang berbau hangit. Jangan bimbang jika ingin menghilangkan bau nasi hangit tadi. Ambil beberapa helai limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit. Selepas itu tutup semula periuk tersebut. Sudah pasti nasi berbau harum

Selain daripada itu, ambil sekeping roti dan letakkan di atas nasi tersebut, kemudian tutup periuk itu, Insya-Allah bau hangit itu akan hilang.

3.     KAIN BATIK TIDAK LUNTUR

Bagi mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah menggunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru.

Caranya ialah, ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insya-Allah, pakaian itu tidak akan luntur lagi.

4.    GETAH BETIK SEBAGAI PENAWAR

Betik bukan sahaja enak dimakan tetapi getahnya juga boleh dijadikan penawar. Jika anda tertikam duri, untuk mengeluarkannya, ambil getah betik dan sapukan pada tempat yang tertikam duri itu. Insya-Allah, duri itu akan keluar.

5.    SIRIH HENTIKAN HIDUNG BERDARAH

Cuaca terlalu panas juga boleh mendatangkan kemudaratan. Antaranya berlaku pendarahan melalui hidung. Bagi menghentikan segera pendarahan itu, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yang berdarah, Insya-Allah, darah akan cepat berhenti.

6.    KELEBIHAN PUCUK JAMBU BATU

Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah cuba mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya ialah dengan merendam pucuk jambu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersihkan kotoran pada pucuk jambu batu itu. Setelah agak kelayuan, bolehlah terus dimakan. Insya-Allah, perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.

7.    MEMBERSIH BULU KETIAK

Apabila ketiek bersih, ia akan bebas daripada bau ketiak. Kita tidak perlu berbelanja banyak untuk tujuan itu. Ambil 1/2 camca teh kapur dan campurkan perahan  sebiji limau nipis. Lumurkan pada kedua-dua belah ketiak selepas mandi pada setiap malam. Insya-Allah…………

8.    CARA ATASI SEMBELIT

Makanan yang tidak hadam, kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang minum air boleh menyebabkan sembelit. Masalah ini jika dibiarkan boleh melarat; buang air lendir berdarah.

Bagi perubatan awal, anda boleh mengambil 5 biji ciku yang belum tua atau masih kelat. Bersihkan buah berkenaan,  selepas itu tumbuk sehingga lumat. Tapis dan minumlah setiap hari sehingga sembuh.

( dipetik dari buku susunan Ayob Ismail)

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s