KELEBIHAN RAMUAN HERBA DALAM PERUBATAN MASAKINI

Tumbuhan yang ada di permukaan bumi memiliki keistimewaan dan keutamaan tersendiri. Kesuburan dan kehijauannya merupakan anugerah Allah SWT sehingga di dalamnya memiliki keberkatan dan rahmat yang besar. Melalui siraman hujan dan sinaran matahari maka tumbuha-tumbuhan tersebut mempunyai kelebihan yang dapat menyembuhkan penyakit dan menjadi bahan yang boleh mengatasi masalah yang dihadapi manusia.

Setiap penyakit yang menimpa seseorang pasti ada ubat yang boleh menyembuhkannya. Melalui ketentuan tersebut, manusiaberusaha untuk mencari formula agar dapat merawatnya dengan sempurna. Dengan pertolongan Allah, maka maka manusia sentiasa membuat kajian terhadap berbagai jenis tumbuhan herba yang boleh dijadikan sebagai penawar terhadap berbagai jenis penyakit. Akhirnya itu akan meringankan individu untuk menghadapi kehidupan harian.

PETUA-PETUA YANG BERKAITAN DENGAN TUMBUHAN HERBA.

1.      Menghaluskan wajah

a.      Kulit berminyak

Kulit yang berminyak cepat merosakkan make-up, umtuk mengatasinya gunakan dua biji kentang yang dihancurkan hingga lembut, gunakan sebagai bedak hingga merata selama 20 minit. Sesudah itu, wajah dibersihkan dengan air bersih. Ambil daun saderi secukupnya, hiris kecil-kecil lalu dimasukkan ke dalam mangkuk yang berisi air mendidih dan biarkan selama 20 minit. Simpan dalam peti sejuk dan gunakan pada waktu malam dengan mengoles-oles muka dan bersihkan setelah kering.

b.      Kulit kering

Buah aprikot dihancurkan lalu tempelkan tipis-tipis di bahagian muka hingga rata. Setelah kering dicuci dengan air hangat.

Buah epal dihiris-hiris lembut, airnya digosokkan pada kulit muka dan biarkan sampai kering dan setelah itu bersihkan dengan air sejuk.

PANDUAN KESIHATAN

1. DIET BERKESAN

Baik lelaki mahupun wanita,mengadu tentang masalah berat badan yang sukar dikawal selepas mendirikan rumahtangga. Anda mungkin telah memulakan program pemakanan seimbang dengan harapan berat badan anda mampu dikurangkan, tetapi, mampukah anda mengekalkannya? Ikutilah tips 6 cara ini untuk mengekalkan program diet anda.

(1) Ikuti sistem pengambilan makanan yang teratur terutamanya pada sebelah malam.
Jika anda masih terasa lapar, pastikan peti sejuk anda hanya dipenuhi dengan makanan
rendah lemak sahaja.

(2) Elak makanan yang kaya dengan lemak, kolesterol atau berkalori tinggi. Jika terpaksa
memenuhi undangan, pastikan semangat anda kuat atau menjamahnya sedikit sebagai
menghormati tuan rumah.

(3) Beritahu rakan-rakan sepejabat tentang program diet yang anda ikuti. Mereka tentu akan
memberi sokongan dann berusaha untuk menyenaraikan petua-petua diet yang boleh anda
ikuti.

(4) Waktu minum petang, bermakna, hanya ditemani secawan teh herba atau sekeping biskut.
Tinggalkan kek atau kuih-muih tradisi yang kaya dengan lemak.

(5) Luangkan masa waktu petang sekurang-kurangnya sejam untuk kelas earobik. Bagi masa
anda yang terhad, waktu pagi sebelum ke pejabat juga boleh membiasakan kegiatan ini.

(6) Bawa bekal ke pejabat mengikut menu diet yang disarankan. Lebihkan sayuran dan roti
ataupun bijirin yang bukan sahaja mengenyangkan tetapi menyihatkan.

(dipetik dari majalah keluarga edisi seri pengantin-2003)

8 LANGKAH MENGAWAL KEMARAHAN (1)

Sifat marah bagi setiap manusia adalah lumrah dan terjadi di mana-mana juga pun, dan kadangkala akan berterusan sekiranya ianya tidak diberi perhatian yang serius. Apa yang penting sekali, janganlah sesuatu kemarahan itu menjadi punca pertelingkahan atau persengketaan yang berpanjangan walaupun ia bermula dari sesuatu perkara yang kecil dan ramah. Walau dari apapun, kita tidak harus dikawal oleh emosi kita kerana sesungguhnya kita yang seharusnya mengawal emosi kita sendiri. Sememangnya, setiap kemarahan perlu ada keseimbangan akal dan fikiran untuk mengawalnya, apatah lagi ianya berkaitan primsip dan ideologi kita sendiri. di-bawah ini diberikan beberapa langkah mengawal kemarahan sebagai panduan kita sendiri.

1. Sebelum melepasksn kemarahan,cuba berfikir, apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara.Persoalan ini memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika anda mendapat jawapannya lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan anda.

2 Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan anda. Apakah tindakan anda nelepaskan anda meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada kemarahan anda. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.

3 Ketika marah cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.

4 Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana anda dianiaya atau ia memang kesalahan anda atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

5 Ketika kemarahan anda sedang memuncak,cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu.

6 Ketika marah, pejamkan mata anda dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian yang istimewa bersama yang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan anda memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran merawang jauh ke sana. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.

7 Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokus cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.

8 Jika cara di atas belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara-mara, teman-teman atau pakar kaunseling agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.