PAP SMEAR

APAKAH PAP SMEAR DAN BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MELAKUKANNYA?

“Pap Smear” ialah hasil coletan permukaan pangkal rahim atau serviks yang menunjukkan profil sel bahagian tersebut berada pada pada keadaan sihat atau sebaliknya. Perkataan “Pap” membawa maksud singkatan huruf bagi “Papanicalaou”. Ia diambil dari nama saintis Amerika iaitu Goerge Papanicalaou yang memperkenalkan kaedah pengambilan sel dan coletan dari tisu faraj dan serviks yang diproses untuk dikajiselidik dengan alat mikroskop untuk mengenali perubahan awal penyakit atau kanser.

Coletan “Pap” atau “Pap Smear” diambil apabila haid wanita itu sudah kering dan sebaik-baiknya selepas dua hari melakukan hubungan kelamin. dan ini bermakna, pada hari ketiga coletan pada pangkal serviks itu boleh dilakukan.

Melalui pemeriksaan pelvik tersebut, doktor atau jururawat akan memasukkan alat pembuka faraj untuk meneliti pangkal rahim. Coletan dilakukan kepada pangkal rahim secara menyeluruh dan hasil coletan akan dicolet pula kepada slaid glas dan diproses untuk dihantarkan kepada makmal bagi pemerosesan lanjutan dan kajiselidik.

Ramai wanita beranggapan, Pap Smear adalah ujian yang menyakitkan, sehingga ada kalangan wanita yang aktif dalam hubungan kelamin mengabaikan saranan ujian itu semata-mata kerana takut. Persoalannya, dakah pemeriksaan itu benar-benar menyakitkan? Pap Smear senang dilakukan dan tidak akan menyakitkan. Ada seolah-olah tidak terasa sewaktu melaluinya kerana waktu pemeriksaan hanya mengambil masa sekitar satu minit. Walaubagaimanapun, terdapat sebilangan wanita malu untuk menjalani pemeriksaan kerana terpaksa mendedahkan alat kelamin terutama kepada doktor lelaki. Perasaan itu perlu disingkirkan kerana pemeriksaan ini benar-benar penting untuk menjaga kesihatan anggota kelamin. Anda boleh membuat temujanji dengan doktor atau jururawat wanita untuk tujuan tersebut. Ini bermakna, anda tidak ada sebab untuk tidak mahu menjalani pemeriksaan Pap Smear.

KENAPA IA PERLU?

Pangkal rahim wanita yang sudah melakukan hubungan akan terdedah kepada pelbagai jangkitan akibat kesan air mani dan berbagai kontaminasi kuman dan kulat yang terdapat di sekitar faraj dan zakar. Perkara ini boleh memberi tekanan kepada permukaan pangkal rahim lebih-lebih lagi kepada bahagian permukaan serviks yang diberi nama zon transformasi. Zon transformasi ini ialah bahagian pangkal rahim yang boleh dikatakan lemah dan mudah berubah sekiranya tertekan. Tekanan yang dimaksudkan ialah berkaitan dengan jangkitan sekiranya pasangan kelamin itu tidak peka dengan kebersihan dan “hygien” anggota kelamin masing-masing.

Walaubagaimanapun, pemeriksaan ini perlu dilakukan secara berkala dan sekiranya gagal untuk melakukannya, kesihatan anggota kelamin wanita itu mungkin terabai dan terdedah dengan berbagai gejalah kepada infeksi yang mungkin akan memudaratkan anggota tersebut dan mengancam hubungan intim.

Kanser pangkal rahim adalah salah satu infeksi yang boleh dikesan melalui pemeriksaan Pap Smear. Seperti yang diketahui umum, kanser ini adalah pembunuh kedua wanita. Hasil kajian menunjukkan bilangan waniya yang didapati menghidap penyakit ini tidak kurang dari 2000 kes setahun. Tidak ada tanda awal yang dapat mengesan berlakunya kanser pangkal rahim kecuali ujian Pap Smear. Tanda-tanda seperti pendarahan selepas persetubuhan, atau pengeluaran keputihan yang luarbiasa tidak bererti wanita itu mengalami kanser pangkal rahim.

Kepada mana-mana wanita yang sudah mendirikan rumahtangga dan telah mula melakukan hubungan kelamin, bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan anggota kelaminnya seperti menjalani pemeriksaan sendiri kemaluan (vulva) atau VSE (vulva self-examination) untuk meneliti bahagian kemaluan dari paras tundun sehingga ke paras pembukaan lubang najis, termasuk pembukaan faraj dan lubang kencing untuk melihat sekiranya terdapat apa jua gejala yang tidak sihat seperti kemelecetan, parutan, kekeringan, pendarahan, kekesatan dan sebagainya. Perubahan yang luarbiasa mungkin petanda masalah kesihatan sedang berlaku dan segeralah rujuk kepada pakar kesihatan. Paling utama, pastikan anda menjalani pemeriksaan Pap Smear mengikut jadual. Ketahuilah, kesihatan kelamin yang kukuh dapat menjamin keluarga sejahtera dan hubungan intim yang lebih membina.

(dipetik dari majalah keluarga, edisi khas seri pengantin 2003)

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s